PROGRAM ECO-RACE

25 Mac 2019 Kelab Kesihatan Persekitaran dan Malaysia Industrial Hygiene Association (MIHA) telah menganjurkan sebuah program bernama ECO-RACE dengan tema MISI BUMI HIJAU. Majlis Daerah Kuala Langat juga turut melibatkan diri dalam program tersebut. Program ini dilakukan di Taman Rekreasi Paya Bakau, Sijangkang. Aktiviti explorasi telah diadakan sekitar paya bakau dan taman rekreasi tersebut. Pelbagai ilmu dan pengalaman dapat diterokai melalui program ini. Mempelajari kepentingan paya bakau dan sungai. Tujuan program ini adalah untuk mempelajari cara penguruan paya bakau dan sungai.

LAWATAN KE SUNGKAI WILDLIFE RESERVE CENTER

18 Mac 2018 Sungkai Wildlife Reserve Center mempunyai keluasan 20 ha. yang terletak di Sungkai Perak. Untuk memenuhi kehendak subjek Sains Persekitaran sebuah lawatan telah diadakan. Pelajar yang terlibat adalah pelajar tahun 1 program kesihatan persekitaran. Antara haiwan yang dipelihara ada seladang, rusa, Harimau Malaya dan juga beberapa jenis burung. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami kepentingan dan cara memelihra haiwan -haiwan yang terancam.

SAMBAR DEER 
HARIMAU MALAYA
MALAYAN GAUR

BENGKEL KEROHANIAN

3 Mac 2019 Program kesihatan persekitaran telah menganjurkan sebuah bengkel kerohanian selama tiga hari di Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat UKM, Beranang, Selangor. Selama tiga hari pelbagai ceramah dan aktiviti telah dijalankan. Pensyarah dan staf program kesihatan persekitaran juga turut melibatkan diri dalam bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk memantap rohani dan sahsiah dalam seseorang insan. Pelajar tahun 1 menjadi peserta dan Pelajar tahun 2 menjadi sebagai ahli organisasi.

sdr
sdr
cof
bty

HARI INTERAKSI EVH

5 Disember 2018 Satu hari interaksi dianjurkan oleh Kelab Kesihatan Persekitaran antara pelajar kesihatan persekitaran tahun 1, 2, 3 dan 4. Pensyarah program kesihatan persekitaran juga turut melibatkan diri dalam aktivit tersebut. Program ini bertujuan untuk mengerat hubungan sillaturahin antara pelajar-pelajar kesihatan persekitaran. Pelbagai aktiviti dan sukaneka diadakan. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mengwakili pelajar dari setiap tahun dah juga pensyarah. Pelbagai pengalaman dapat dikongsi oleh pelajar-pelajar senior dan juga pensyarah.

MAJLIS MAKAN MALAM EVH 18/19

21 November 2018 Setiap tahun pelajar-pelajar program kesihatan persekitaran akan mengadakan satu majlis makan malam. Pada tahun 2018 majlis tersebut diadakan di bangunan intai komuniti. Majlis tersebut diadakan untuk menghargai dan menyambut perpisahan pelajar tahun 4. Persembahan dilakukan oleh pelajar dari setiap tahun dan diberi beberapa anugerah kepada pelajar.

INTAI KOMUNITI SIHAT

3 NOVEMBER 2018 Satu aktiviti kesedaran masyarakat telah dilancarkan oleh Kelab Kesihatan Persekitaran UKM-KL. Pelajar-pelajar tahun 2 Program kesihatan persekitaran telah menjalankan aktiviti tersebut dengan bantuan pelajar-pelajar tahun 1. Aktiviti tersebut diadakan pada sebuah apartmen yang bernama Idaman, Damansara. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk mengwujudkan kesedaran pada masyarakat Apartment Idaman mengenai penyakit denggi. Penduduk Apartment Idaman telah memberi kerjasama yang baik dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Pelbagai permainan dan sukaneka diadakan antara pelajar dan penduduk supaya dapat mengeratkan hubungan sillaturahim.

AKTIVITI PERSAMPELAN AIR

25 OKTOBER 2018: Sebuah aktiviti telah dijalankan oleh pelajar-pelajar tahun 1 program kesihatan persekitaran. Aktiviti persampelan air di Teluk Lagoon, Port Dickson bagi memenuhi kehendak subjek microbiologi. Persampelan air tersebut dilakukan untuk mengenalpasti mikroorganisma di teluk tersebut. Seramai 30 orang pelajar melibatkan diri dan bahagi kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti persampelan air di beberapa lokasi yang berlainan. Persampelan tersebut telah diuji kaji pada lokasi tersebut dan dibawa pulang ke makmal kualiti air di UKM-KL untuk kajian lanjutan.