INTAI KOMUNITI SIHAT

3 NOVEMBER 2018 Satu aktiviti kesedaran masyarakat telah dilancarkan oleh Kelab Kesihatan Persekitaran UKM-KL. Pelajar-pelajar tahun 2 Program kesihatan persekitaran telah menjalankan aktiviti tersebut dengan bantuan pelajar-pelajar tahun 1. Aktiviti tersebut diadakan pada sebuah apartmen yang bernama Idaman, Damansara. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk mengwujudkan kesedaran pada masyarakat Apartment Idaman mengenai penyakit denggi. Penduduk Apartment Idaman telah memberi kerjasama yang baik dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Pelbagai permainan dan sukaneka diadakan antara pelajar dan penduduk supaya dapat mengeratkan hubungan sillaturahim.

Leave a comment